Suka Blog Encik Hati?

" adakalanya rahsia itu terus terpendam dan akan kekal sebagai rahsia hati...antara kita dan ILAHI "
Assalamualaikum.

Sabtu | 8 Disember 2012

jam 6.15 p.m.
sebuah pantai

desir air laut beralun ke pesisir pantai...bunyinya cukup menenangkan...namun hati ini masih dirundum suatu perasaan aneh...Ya Allah, apa yang aku rasakan ini...melihat dipersekitaran, kelihatan ramai keluarga bersantai bersama sanak saudara mereka...para muda mudi...remaja remaji...yang tinggal hanyalah aku...keseorangan di sebalik celahan orang ramai...tiada destinasi...dimana langkah kakiku terhenti...disitulah teguh jasadku berdiri...

merenung tenangnya air laut...bersama itu, ku harapkan tenangnya hati yang bergelora dengan masalah...untuk luahkan rasa hati yang terpendam...nombor fon sahabat sahabat dan kawan kawan cuba aku dail...namun yang ada hanyalah suara pesanan ke mail box...aku tak pernah ceritakan masalah aku kepada famili...itulah bodohnya aku...pada masa itu aku fikirkan...sekurang kurangnya ada orang untuk aku bicarakan...walaupun sekadar teman dari jauh...mencuba beberapa kali...namun gagal...lantas aku diamkan diri saja...melewati suasana heningnya matahari terbenam...dan berlalu pergi membawa diri...

jam 6.50 p.m.
sebuah masjid

membuka paip air...aku mula berwudhuk...Subhanallah, dinginnya air itu...menutup kepanasan dan peluh yang ada di raut wajahku...tatkala solat berjemaah, merasakan aku berada didalam satu keluarga yang besar...aku sedar, aku tidak keseorangan...mereka juga adalah saudara seagamaku...Alhamdulillah, indahnya nikmat yang Engkau kurniakan...seusai sudah solat maghrib, aku melangkah keluar kerana perutku mula menyanyi ala ala keroncong...

jam 7.30 p.m.
sebuah jalanraya

menuju ke destinasi seterusnya...aku membawa motor...perlahan sekali...cukup perlahan...sekadar 20km/j...entah apa yang aku fikirkan...hujan mula merintik turun...makin lebat...mengaburi pandangan malamku...tubuhku yang kurus mula dibasahi air hujan...tidak tahu ke kedai mana yang ingin dituju...aku biarkan saja dimana motorku ingin berhenti akibat hujan yang sudah lebat...

jam 7.40 p.m.
sebuah kedai makan

akhirnya...singgah juga aku ke kedai makan...dalam kebasahan malam...aku lapkan mukaku yang kusut dengan sapu tangan...bila terfikirkan balik...sudah 2 hari aku tidak menjamah nasi...yang ada hanyalah roti buat bekalan harianku...tidak tahu semenjak bila...aku sudah tidak makan banyak seperti suatu masa yang dahulu...jika dulu, sepinggan nasi bole ku habiskan dengan cepat...tanganku mula terketar ketar disaat aku mengangkat sudu...kini, beberapa suapan sudah membuat aku kenyang...mungkin kerana keseorangan...suasana yang membuatku hilang selera maka...maka tak hairanlah tubuhku mula susut...melihat ke meja meja lain...terlihat sekumpulan pelajar (ye kot) bergelak tawa...bergurau senda...berlawak jenaka...Ya Allah, betapa aku rindukan semua suasana itu...yang dahulunya aku sendiri berbuat begitu...kini, yang tinggal hanyalah aku...aku...dan aku...

jam 8.10 p.m.
sebuah masjid

aku terlewat kesana, disebabkan aku makan terlalu perlahan tadi...mujurlah imam belum mulakan solat isyak...kerana baru selesai tazkirah...teruknya aku tak dengar tazkirah, tapi pergi makan...aku lupa...ustaz aku pernah berkata...

" kita hidup bukan saja perlu makan santapan yang bersifat jasmani..tapi juga santapan rohani...tazkirah dan majlis majlis ilmu adalah santapan rohani terbaik bagi hati kita...Astaghfirullahalazim...(dalam nada hati) "

jam 8.40 p.m.

selesai sudah solat berjemaah, aku pulang...menuju ke suatu tempat lagi...ce teke kat mane? haa...kat sinilah...tempat aku boleh on9....cc a.k.a cyber cafe...apelah aku nih...sanggup ke cc semata mata nak post bende nih...memang dah terlalu bosan ke ape...aishh...dush dush...aku tumbuk diri sendiri...supaya sedar jangan terlalu lama kat sini...tersedar aku dari lamunan...

masihkah ada hari esok buatku...
menanti matahari terbit diufuk timur...

-tutup cerita-



" manusia mungkin saja boleh teruskan perjalanan seorang diri, 
tapi tidak akan mampu untuk 'hidup' seorang diri,
kerna fitrah hidup kita warga insani,
perlukan mereka semua untuk ada disisi "

p/s: sebenarnya aku berblog sambil mencari kerja lain...kerja aku sekarang ni bukan tak bagus...tapi...ya sudahlah!



✿❦❀ yang BAIK dari ALLAH | yang BURUK dari SAYA ❀❦✿

Labels: , ,
1 Response
  1. esok sentiasa ada jika diizin olehNYA..


Post a Comment

dari hati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nota Hati

anak (3) awak (65) bahagia (26) cerita (64) cinta (66) encikHati (1) exam (5) famili (13) final (2) gambar (4) giveaway (1) hati (81) ilmu (7) indah (13) kata (149) kerja (5) lagu (44) maaf (4) memori (9) mimpi (2) raya (2) sahabat (24) sedih (31) segmen (6) sepi (16) sesal (4) suka (16) tenang (10) wordless (9)